Teori merupakan sesuatu yang menjelaskan tentang sebuah sistem mengenai bagaimana sesuatu fenomena beroperasi dan mengapa fenomena itu terjadi seperti itu. (Johson & Christensen, 2011). Konsep-konsep teori kurikulum iaitu sebagai suatu pernyataan yang memberikan makna terhadap kurikulum. Makna tersebut wujud disebabkan adanya penegasan hubungan antara unsur-unsur kurikulum, adanya petunjuk perkembangan, penggunaan dan penilaian kurikulum. Tiga tugas utama teori kurikulumi ialah mengenalpasti masalah yang muncul dalam pengembangan kurikulum dan konsep-konsep yang mendasarinya, menentukan hubungan antara masalah-masalah tersebut dengan struktur yang menyokongnya, mencari atau meramalkan pendekatan- untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teori kurikulum merangkumi teori disiplin mental, sanitifik, fungsional dan teori berasaskan sekolah. Teori pembelajaran pula menghuraikan tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terdapat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori pembelajaran itu wujud hasil dari penyelidikan dan berasaskan pemikiran logik berteraskan falsafah. la terbahagi kepada tiga iaitu teori pembelajaran behaviourisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Asas-asas ilmu dalam pembinaan kurikulum ialah ilmu falsafah, psikologi, teknologi dan sosiologi. Ilmu falsafah melibatkan teori realiti, ilmu dan nilai, manakala ilmu psikologi ialah berkaitan teori pembelajaran dan motivasi. Ilmu teknologi adalah berkaitan dengan teori sistem komunikasi & maklumat, manakala ilmu sosiologi adalah melibatkan teori sekolah & masyarakat. Pembelajaran behaviourisme ialah sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan. (Williams & Anandam, 1973). Manakala, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Wednesday, 7 December 2022
HASIL PEMBELAJARAN
i. Menyatakan pengertian teori, teori kurikulum dan teori pembelajaran.
ii. Menjelaskan teori-teori yang mendasari pembinaan kurikulum.
iii. Membincangkan pengaruh Teori Kurikulum Berasas Sekolah dalam mencapai matlamat pendidikan
iv. Membanding bezakan aplikasi teori pembelajaran dalam kurikulum bilik darjah.
SINOPSIS
Bab ini merangkumi konsep dan pengertian teori kurikulum, teori-teori pembelajaran, teori-teori mendasari kurikulum, aplikasi teori kurikulum berasaskan sekolah ke arah mencapai matlamat pendidikan dan perbandingan aplikasi teori pembelajaran dalam kurikulum bilik darjah. Unit ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teori-teori pembelajaran berkaitan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Tahap pengetahuan guru dalam teori-teori pembelajaran yang tinggi akan membantu guru menentukan aplikasi teori yang sesuai dengan pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai dalam bilik darjah.